Puisi: Kampung Halaman


Ya Allah aku tidak layak ke syurgaMu, namun tidak sanggup ke nerakaMu- Photo by dArkeRiaNne of Deviantart.

Wahai kalian

aku ingin bertanya

dari mana asal kalian?

Kalian berkata begitu

sungguh aku hairan

adakah kalian lupa?


Untuk apa kalian di sini?

bukankah untuk asal kalian?

tidakkah kalian rindu

kembali ke kampung halaman?

Sungguh, aku juga rindu

kampung halaman yang jauh

belum terpandang oleh mata

belum pula terlintas oleh hati

belum juga terasa oleh pancaindera lain.


Aku khabarkan

buat diriku dan kalian

hanya rindu tidak memadai

kerana ada harga

perlu dilunaskan untuk kembali

ke kampung halaman, syurga abadi!


-Hazarulhisham Zaid,

Baitul Hikmah,

4 Rabi’ul Akhir 1432H

~Syurga itu kampung halaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s