Edisi Pra Ramadhan 3: Jika Ini Yang Terakhir


Jika Ramadhan terakhir, bersungguhkah kita? ~ Photo of Chalidpix of Deviant Art.

Nilai, Negeri Sembilan ketika saya menulis ini, sudah hampir terbenamnya matahari.

Saya selalu merasa sayu melihat pemandangan matahari terbenam. Ini kerana, terbenamnya matahari, bermakna perginya lagi satu hari daripada himpunan hari-hari dalam kehidupan seorang hamba.

Sudah banyak hari saya lalui, entah ada lagi atau tidak esok untuk saya.

Kita biasa hanya akan ‘alert’ apabila sesuatu itu akan berakhir.

Perlawanan bola sepak misalnya, apabila perlawanan ‘final’ orang akan berpusu-pusu menontonnya di stadium atau di kaca televisyen.

Begitu juga dengan rancangan-rancangan drama. Bila sampai episod akhir, maka penonton khususnya peminat drama itu tidak melepaskan peluang menonton.

Sesungguhnya perpisahan itu adalah sesuatu yang sangat memberatkan. Kita bila kena berpisah dengan keluarga, tentu rasa sedih. Berat hati hendak meninggalkan mereka.

Justeru, cuba kita bawakan rasa itu kepada Ramadhan kali ini. Anggap Ramadhan ini yang terakhir.

Ramadhan terakhir.

Saya ingin bawakan hadis berkenaan ihtisaba atau bermaksud kira-kira berkaitan dengan Ramadhan.

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, dengan penuh keimanan dan berkira-kira, maka Allah akan mengampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah lalu.”

Apakah yang dimaksudkan dengan berkira-kira?

Ada tiga riwayat yang menyatakan akan hadith berkenaan ihtisaba atau berkira-kira yang bersangkutan dengan Ramadhan.

1. “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”

2. “Barangsiapa yang membangunkan Ramadhan, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”

3. “Barangsiapa yang membangunkan Malam Al-Qadr, penuh keimanan dan berkira-kira, maka diampunkan untuknya, segala dosanya yang terdahulu.”

Makna ihtisaba pada asalnya adalah berkira-kira. Ia berasal dari kata akar hisab yang bermaksud hitung.

Tetapi berkira-kira di sini bukanlah bermaksud teragak-agak sebagaimana yang biasa kita gunakan.

Berkira-kira di dalam hadith ini adalah membawa maksud:

Menghitung-hitung apakah lagi amalan yang masih belum kita laksanakan di bulan Ramadhan?

Apakah lagi perkara yang perlu dilakukan bagi mendapat keredhaan Allah?

Apakah lagi yang mesti dilakukan untuk Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik?

Kita perlu melayan Ramadhan seperti melayan tetamu kehormat. Membuat persiapan sebaik mungkin sehingga perkara-perkara kecil pun diteliti.

Penutup: Bersiap sedia sekarang.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu juga, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata :

“Amin.. Amin.. Amin..”

Para sahabat bertanya kepada Baginda : “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian

mengucapkan amin, amin, amin..?”

Sabda Baginda: “Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan dia berkata :

“Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan dimasukkan neraka dan akan Allah menjauhinya, katakanlah “Amin”, maka aku pun mengucapkan Amin….”

Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978.

Hadis ini sepatutnya sudah memadai untuk mencetuskan rasa gerun.

Apakah kita akan melalui Ramadhan dengan lenggang kangkung lagi?

Cepat bersiap sedia. Perjalanan akan bermula sebentar lagi.

P/s: Ini edisi pra Ramadhan terakhir. Edisi Ramadhan akan menyusul selepas ini. Nantikan, InsyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s