Kunci Pembuka: Kebaikan atau Keburukan

Ilahi anta maqsudi wa ridhaka mathlubi. A’tini mahabbataka wa maqhrifataka. (Tuhanku, Engkaulah yang aku maksudkan dan keredhaaMulah yang aku cari. Berikanlah aku kasih sayangMu dan makrifah kepadaMu).

Setiap kali jari-jemari menaip atau menulis suatu artikel untuk dikirim dalam laman saya, ingin sekali ditulis satu artikel yang mampu mengetuk minda, membangkitkan hati-hati yang terlena, terleka dengan  kelapangan dan larut dalam angan-angan.

Namun diri terasa terlalu kerdil dibanding dengan mereka yang menulis dengan tujuan hanya kerana Allah semata-mata. Apabila mereka ini menggoreskan qalam, seolah-olah tertumpah rangkaian kata-kata hikmah yang menjelaskan banyak perkara, mengungkap banyak sebab, menjelaskan hukum-hukum dan mendedahkan banyak hakikat.

Mereka itulah pendokong kebenaran yang setia dalam perjuangan menegakkan yang makruf dan memerangi yang mungkar seolah-olah menginfakkan diri mereka sendiri untuk tujuan tersebut. Mereka ini merupakan golongan yang lebih suka berbuat daripada sekadar berkata-kata atau menulis kerana sedar tugas mereka bukanlah seperti kebanyakan pemidato atau pengarang, tetapi menuntut kepada pengorbanan yang jauh lebih besar. Teruskan membaca