Cinta Pada KekasihNya

Kenali Nabi Muhammad s.a.w melalui sirah baginda- Picture by Aradezignz of Deviantart.

Alhamdulillah hamdan katsiron thoyyiban mubarokan fih kamaa yuhibbu Robbuna wa yardho, wa asyhadu alla ilaha illallah wahdahu laa syarika lah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rosuluh. Allahumma sholli ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Saban tahun kita menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w pada 12 Rabiul awwal. Walaupun isu ini adalah perkara yang diperselisihkan dalam kalangan ulama termasuklah tarikh sebenar kelahiran nabi tercinta, namun saya tidak ingin mempersoalkannya di sini kerana saya sendiri tidak mempunyai kredibiliti untuk tujuan itu.

Saya lebih selesa memperkatakan hubungan kita dengan Rasulullah. Sebagai umatnya, bertanyalah siapa dan di manakah kedudukan Rasulullah di hati? Lidah boleh sahaja mengatakan, “Rasulullah junjungan kita.” Tetapi benarkah begitu? Benar atau tidak sebenarnya terzahir melalui tindak-tinduk dan perbuatan masing-masing. Teruskan membaca